Tabung Cuti Cuti Malaysia

Suka Makan Macam Kami Sila Ikut

Semoga Berkekalan...!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 28, 2014

Nasi Kandaq Kuala Lumpoq!

Hoi...kalau dah mai dari Pulau Pinang tu, haruslah mencari makanan ruji ni kan...

Nasi kandaq ni bila dia betoi-betoi teringin memang rasa "perghhh" kalau dapat makan....

Kalau hangpa kat Kolumpo..tak kira la menetap sini ka, mai urusan kerja ka..aku recommend mai makan dekat Mohd Yaseen Nasi Kandar ni... Bagi aku memang tip top.

Lokasi: Chow Kit Road. Depan Tune Hotel.



Lauk pauk dia macam biasalah... kari kari ayam masak kicap, kambing dan macam2 lagi. Pilihan kami haritu macam gambaq bawah ni lah....


Harga pun berpatutan. 

Kalau rasa teringin sangat..bolehla hangpa start enjin keta pi cari kedai ni. Parking agak susah sikit, tapi boleh jer parking tepi jalan tu, macam tak biasakan... ataupun boleh parking kat sebelah showroom Honda.

Suasana dalam kedai. Selesa. 
Menu biasa. Tapi rasa luar biasa. 

Ada masa pi la try nooooo... Selamat Menjamu Selera!

Monday, August 25, 2014

Kembara Keretapi : Hatyai <---> Krabi IV

Ini cerita Krabi.

Sampai saja, apa lagi...makan.



Kemudian, bergambar di satu replika ketam besar. 

Abaikan objek yang bersandar pada crab tu. haha

Muka bumi yang menarik perhatian kami.

Waktu rasa letih gila. 4 jam perjalanan rasa amat jauh, mungkin memang tak cukup rehat rasanya. Tapi tiada masalah, nama pun bercuti kan. 

Kemudian, perjalanan diteruskan ke hotel (ada ke tak gambar hotel ni). Takdo gambar hotel. Makanya kita skip lah..muehehe. Setelah diberi rehat, solat dan sleep seketika. Rombongan kami di bawa ke satu tempat yang dinama taman laut di Krabi. Masuk adalah percuma. Terdapat banyak ikan dan penyu di sini. 




Kemudian, kami di bawa ke satu tempat di mana wujud kesan kulit kerang beratus tahun. Pada asalnya masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran, tetapi disebabkan waktu sudah petang, penjaga kaunter tiket pun dah tiada, maka pelancong boleh masuk dengan percuma. (agak-agak saya jer)




Mohon maafkan saya sebab banyak lupa dengan tempat yang dilawati..almaklum sudah dekat setahun dah. huhuhu.. 

Kemudian kami dibawa pulang ke hotel dan sebelah malam akan disediakan makan malam istimewa. 

Penaja